Maklumat ICT Sekolah

Maklumat ICT_Schoolnet_Pusat Akses_Makmal Komputer Daerah Lubok Antu

1. Schoolnet : 22 buah sekolah

2. Pusat Akses Sekolah : 9 buah

3. Makmal Komputer Sekolah : 11 buah

Lihat Senarai_pdf.fail

Pengurusan Bahan dan Peralatan ICT Sekolah

Bahan dan peralatan ICT yang biasa diterima oleh sekolah adalah seperti berikut:
1. Komputer PC/Notebook dan komponen
2. Software
3. Perisian kursus seperti CD/CDRI (seperti PPSMI dan CDRI terbitan BTP)
4. Video CD/Video DVD, dan lain-lain
5. Kelengkapan perabot

Kesemua bahan dan peralatan tersebut hendaklah diurustadbir oleh pihak sekolah dengan sebaik-baiknya. Melalui pemantauan, didapati bahawa terdapat sekolah yang mengurus setiap bahan/peralatan yang diterima secara berasingan. Contohnya, bahan/peralatan PPSMI diserahkan bulat-bulat kepada guru PPSMI. Terdapat juga pengurusan bahan/peralatan diurus oleh guru panitia masing-masing. Pengurusan bahan/peralatan ICT seperti yang disebutkan boleh menyebabkan kucar-kacir. Bahan dan peralatan tersebut harus ditadbir secara berpusat oleh sebuah jawatankuasa pentadbir bahan/peralatan/harta modal sekolah. Bahan-bahan perisian kursus seperti CDRI dan PPSMI sepatutnya direkod dalam perolehan PSS.

Untuk panduan dan rujukan terperinci, sila rujuk di sini: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, KK/BKP/10/535/36 Jld.2 (15), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.

Pemantauan Penggunaan ICT di Sekolah

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah dipertanggungjawabkan untuk memantau dan melaporkan tahap penggunaan semua inisiatif ICT serta peralatan berkaitan yang telah dibekalkan di sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi mendapatkan data dan maklumat yang tersebut di atas, Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah telah diwujudkan bagi membolehkan pihak sekolah mengemaskinikan maklumat terkini. Segala maklumat yang diperolehi akan dianalisa dan dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi KPM. Pihak pengurusan KPM seterusnya akan membuat keputusan tentang halatuju serta penambahbaikkan berkaitan penggunaan ICT di sekolah.
Sehubungan itu, pihak sekolah diminta untuk mengemaskinikan semua maklumat yang diperlukan dengan jujur dan tepat. Pihak Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan membantu pihak sekolah berhubung bantuan teknikal serta pengisian maklumat.

Bagi sekolah yang belum login dan kemaskini data, klik di sini: https://rnd.moe.edu.my/statusict/

Bidang Tugas Juruteknik Komputer FT17

Sesetengah sekolah sudah ada Juruteknik Komputer FT17. Untuk rujukan dan panduan anda,
Berikut adalah bidang tugas juruteknik tersebut: Bidang Tugas Juruteknik Komputer FT17