Pengurusan Bahan dan Peralatan ICT Sekolah

Bahan dan peralatan ICT yang biasa diterima oleh sekolah adalah seperti berikut:
1. Komputer PC/Notebook dan komponen
2. Software
3. Perisian kursus seperti CD/CDRI (seperti PPSMI dan CDRI terbitan BTP)
4. Video CD/Video DVD, dan lain-lain
5. Kelengkapan perabot

Kesemua bahan dan peralatan tersebut hendaklah diurustadbir oleh pihak sekolah dengan sebaik-baiknya. Melalui pemantauan, didapati bahawa terdapat sekolah yang mengurus setiap bahan/peralatan yang diterima secara berasingan. Contohnya, bahan/peralatan PPSMI diserahkan bulat-bulat kepada guru PPSMI. Terdapat juga pengurusan bahan/peralatan diurus oleh guru panitia masing-masing. Pengurusan bahan/peralatan ICT seperti yang disebutkan boleh menyebabkan kucar-kacir. Bahan dan peralatan tersebut harus ditadbir secara berpusat oleh sebuah jawatankuasa pentadbir bahan/peralatan/harta modal sekolah. Bahan-bahan perisian kursus seperti CDRI dan PPSMI sepatutnya direkod dalam perolehan PSS.

Untuk panduan dan rujukan terperinci, sila rujuk di sini: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan, KK/BKP/10/535/36 Jld.2 (15), Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007.